by Eva Cheong, S.C. Chong, H.N. Ling
Konsep Gaya Pembelajaran
Gaya
pembelajaran merupakan pendekatan atau cara bagaimana seseorang itu belajar
dalam meperolehi pengetahuan. (Dr Ragbir
Kaur Joginder Singh, 2012). Pembelajaran pula merupakan kebolehan seseorang
mengambil maklumat , mengekod dan failkan maklumat tersebut supaya ia menjadi
mudah untuk digunakan apabila digunakan. Selain itu, gaya pembelajaran juga
merupakan cara seseorang individu bertindak balas terhadap dunia sekitarnya dan
menggunakan gaya pembelajarannya berinteraksi dengan persekitarannya.
Menurut Dunn
& Dunn (1981), sesetengah individu dapat belajar dengan amat berkesan dalam
keadaan yang sejuk, senyap dan teratur. Ada pula yang hanya boleh belajar
dengan adanya muzik. Menurut Peterson (1979) & Steward (1981), gaya
pembelajaran boleh merujuk kepada pendekatan pengajaran digemari oleh seseorang
pelajar. Ada pelajar yang gemar cara belajar sendiri. Menurut Honey &
Munford pula, pengalaman individu akan menentukan sama ada seseorang itu gemar
pengalaman yang baru, menjalankan refleksi, mencuba idea-idea baru atau
bersifat objektif. Dengan itu, jelaslah gaya pembelajaran berkaitan dengan
pengalaman seseorang. Steward & Felicetti (1992) mendefinisikan gaya
pembelajaran sebagai “keadaan pendidikan di mana murid-murid boleh belajar”.
Oleh itu, gaya pembelajaran tidak menekankan kepada apa yang dibelajari malahan
menekankan bagaimana seseorang itu belajar.
Tiada ada
satu gaya pembelajaran yang dikatakan paling baik atau buruk. Oleh itu, gaya
pembelajaran yang dipilih adalah bergantung dengan individu tersebut. Seseorang
murid A yang telah mencapai keputusan
yang cemerlang dalam pengajaran dan pembelajaran, membawa makna murid ini telah
menggunakan gaya pembelajaran yang berkesan bagi dirinya. Sama juga dengan
murid B yang tidak dapat mencapai matlamatnya dalam pengajaran dan
pembelajaran. Hal ini mungkin disebabkan oleh murid ini masih tercari-cari
jenis gaya pembelajaran yang paling sesuai untuk dirinya.
Gaya
pembelajaran harus diberikan perhatian kepada murid-murid yang merupakan
individu yang berbeza oleh seorang pendidik supaya murid dapat belajar dengan
lebih berkesan.
Jenis-jenis Gaya Pembelajaran
Setiap individu mempunyai strategi
belajar yang berbeza dan kadar pembelajaran adalah tidak sama dengan individu
yang lain, walaupun umur mereka adalah sama. Mengikut Dictionary of Psychology
(1973) dalam Santhi Suppiah (2000), perbezaan individu dihuraikan sebagai
variasi atau ketidaksamaan individu daripada norma kumpulan, sama ada
sifat-sifat kognitif, emosi, fizikal, moral, tingkah laku sosial, bakat dan
lain-lain aspek yang mungkin terdapat di kalangan individu dalam suatu
kumpulan.
Peranan guru dalam memilih kaedah
dan aktiviti pengajaran yang sesuai merupakan perkara yang penting untuk
menjamin keberkesanan pembelajaran. Terdapat
tiga gaya pembelajaran yang lebih umum iaitu gaya pembelajaran visual, gaya
pembelajaran auditori dan gaya pembelajaran kinestetik.
Murid-murid
yang memiliki gaya pembelajaran visual adalah orang yang jenis gemar belajar
dengan huruf, gambar atau gambar rajah, teks, benda-benda maujud dan
sebagainya. Selain itu, murid-murid lebih cenderung membelajari Sesutu dengan
melihat teks yang sedia ada dan lebih suka membelajari melalui penglihatan.
Murid-murid yang mempunyai gaya pembelajaran ini memerlukan tulis nota apabila
mengingati sesuatu dan tidak perlu
penerangan lisan.Sebagai contohnya, semasa dalam kelas, Ali menyalinkan semua
nota yang dibagi oleh guru dan cuba membuat rujukan yang berbentuk teks dan
gambar untuk menambahkan pengetahuannya terhadap pembelajaran.
Gaya
pembelajaran auditori merupakan jenis pembelajaran yang menekankan pendengaran
perkataan dan arahan lisan. Seseorang murid perlu mengingati penerangan melalui
bacaaan kuat atau menggerakkan bibir ketika mempelajari sesuatu. Selain
itu,murid-murid yang menggunakan jenis pembelajaran ini akan mengukuhkan
ingatan dalam mendengar semula rakaman pita audio dan juga mengajar murid
–murid lain serta berbincang dengan guru. Sebagai contohnya, Muthu tidak
menyalin nota semasa guru memberi penerangan tantang konsep fotosintesis.
Tetapi dia hanya mendengar dan mengingati apa yang diterangkan sahaja. Selepas
itu, guru memberikan latihan kepada mereka. Muthu dapat menjawab dengan baik
dengan menggunakan teknik ingat kembali. Oleh itu, Muthu menggunakan gaya
pembelajaran auditori.
Gaya pembelajaran kinestetik adalah
pembelajaran yang murid dapat belajar melalui gerakan-gerakan untuk mengingati
informasi ke dalam otaknya. Murid yang mengamalkan jenis pembelajaran ini,
memerlukan bahan-bahan pembelajaran yang konkrit untuk membantu mereka
mengingati sesuatu. Selain itu, murid jenis pembelajaran ini gemar menyentuh
dengan bidang objek yang digemari kerana mereka suka terhadap bidang yang dapat
memberi pengalaman yang realiti kepada mereka. Sebagai contohnya, semasa waktu
Sains & Teknologi, guru membawa murid-murid keluar dari kelas dan pergi ke
taman bunga. Murid-murid diberi peluang menyentuh dan merasai bentuk-bentuk
bunga. Selepas itu, terdapat beberapa orang murid dapat melukis bentuk bunga
yang disentuh tadi, maka murid-murid tersebut merupakan jenis pembelajaran
kinestetik.
Di
samping itu, gaya pembelajaran yang lain adalah gaya pembelajaran global yang
sentiasa berinisiatif mencari pelbagai cara dan jalan penyelesaian untuk
sesuatu perkara. Murid ini akan mendapatkan maklumat daripada sumber-sumber
yang berlainan. Sebagai contohnya, Meng Choo sentiasa melayari internet,
mencari maklumat di pusat sumber, menanya pandangan orang lain apabila
membelajari sesuatu topik yang baru baginya. Gaya pembelajaran global ini
membolehkan murid-murid mendapat pelbagai ilmu pengetahuan daripada
pembelajaran.
Gaya
pembelajaran pemerhatian reflektif adalah jenis pembelajaran yang menggunakan
pengalaman melalui membuat refleksi. Setiap pembelajaran yang dilakukan akan
diimbas kembali dan membuat kesimpulan pada akhirnya. Murid yang berjenis ini
juga akan memikir secara mendalam dan penelitian yang teliti sebelum membuat
sebarang keputusan yang muktamad. Sebagai contohnya, murid B sering menanya
soalan pada dirinya dan memikirkan sebab dan akibat jikalau sesuatu keputusan
telah diambil. Selepas keputusan diambil, murid ini akan membuat refleksi
terhadap keputusan tadi.
Gaya
pembelajaran abstrak adalah transformasi maklumat menerusi pemerhatian
reflektif atau pengkajian aktif. Murid
yang mengamalkan jenis gaya pembelajaran ini sentiasa menekankan teori dan
analisa sistematik. Biasanya murid lebih kepada pemikiran logik serta suka
benda dan simbol-simbol untuk mewakili sesuatu. Di samping itu, murid jenis ini
suka pada mata pelajaran matematik dan sains yang dapat mengaplikasikan
simbol-simbol dan formula tertentu. Sebagai contohnya, Mira suka menganalisis
situasi dengan secara abstrak serta membuat pemerhatian dan berfikir akan
kesimpulannya.
Murid yang berjenis gaya pembelajaran
aktif akan menggunakan pengalaman lepas dan menggabungkannya dengan
maklumat-maklumat baru dalam proses penyelesaian masalah. Selain itu, murid
yang mengamalkan jenis pembelajaran ini adalah sangat aktif dalam kuriukulum
dan sukakan ujikaji yang baru baginya. Sebagai contohnya, Meena menjalankan
eksperimen terhadap makanan binatang ternakan. Meena telah mempunyai pengalaman
dalam membela kucing di rumahnya, oleh itu, dia telah mengabungkan konsep
makanan kucingnya dengan konsep yang baru yang telah disarankan oleh guru
darjahnya. Dengan ini, Meena lebih cenderung untuk mengaplikasikan konsep baru
dan lama secara praktikal sehingga berjaya.
Gaya
pembelajaran jenis konkrit adalah gaya yang memerlukan pengalaman atau bahan
yang konkrit untuk menyokong proses pembelajaran.Murid berjenis ini juga akan
menyerap segala maklumat melalui pengalaman lasngsung dengan membuat
pemerhatian dan pemikiran terhadap suatu perkara. Selain itu, murid jenis ini
gemarkan contoh yang spesifik baginya serta setiap masalah hendaklah menjadikannya
sebagai perkara yang terasing. Sebagai contohnya, apabila guru menceritakan
kisah harimau kepada murid-murid. Abu tidak mendapat cerita yang disampaikan
oleh guru, akan tetapi, apabila guru menunjukkan gambar dan video harimau, Abu
terus faham apa yang ingin disampaikan oleh guru. Contoh yang lain adalah, Abu
tidak dapat membelajari 2 perkara dalam
suatu masa, seperti binatang harimau dan kucing. Dia hendak memahami binatang
harimau dahulu sebelum memahami binatang kucing. Contoh-contoh yang spesifik
juga diberi seperti harimau badan besar dan kucing badan kecil.
Seterusnya
adalah gaya pembelajaran divergen.Murid yang mempunyai gaya pembelajaran
divergen berupaya mengasimilasikan pelbagai maklumat untuk dijadikan satu
entiti yang bersepadu. Murid ini akan menjanakan seberapa banyak idea yang
banyak mengenai satu topik dalam masa yang ditetapkan. Idea-idea akan
dibahagikan kepada unit-unit yang lebih kecil serta disusun mengikut turutan.
Selain itu, murid jenis ini akan berfikiran terbuka dan mempunyai imaginasi
yang tinggi terhadap sesuatu topik. Sebagai contohnya,guru telah menanya soalan
yang dapat membantu murid mencetus idea-idea yang bernas seperti , “ Apa yang
memberi tekanan kepada anda?”, “ Apakah yang penting bagi kamu?” dan
sebagainya.
Gaya
pembelajaran konvergen adalah gaya yang cekap menyelesaikan masalah terutamanya
yang berkaitan dengan tugasan teknikal. Murid jenis ini lebih fokus dan cekap
membuat penaakulan deduktif. Selain itu, gaya konvergen terdiri daripada satu
proses yang menggabungkan idea-idea yang berlainan berdasarkan tema atau topik
yang tertentu dalam satu struktur yang tersusun dan boleh difahami. Murid yang
mengamalkan gaya pembelajaran ini lebih sesuai dengan mata pelajaran sains,
matematik dan teknologi. Sebagai contohnya, Siti telah mencari jalan
penyelesaian yang pelbagai dari pusat sumber untuk menyelesaikan masalah
tekanan di kalangan murid-murid. Dengan ini, Siti mempraktikan gaya
pembelajaran konvergen dengan mengintepretasikan maklumat dari pelbagai sumber.
Model-model Yang Berkaitan Dengan Gaya Pembelajaran
1. Model Gaya Pembelajaran Honey & Mumford
Menurut
Honey dan Mumford (1992), pembelajaran telah berlaku apabila manusia boleh
mempamerkan sesuatu yang baru, sama ada dalam bentuk pemahaman, kesedaran, kemahiran.
Kecenderungan ini termasuklah kecenderungan untuk memiliki pengalaman semasa
mempelajari sesuatu, kecenderungan untuk mengimbas kembali, kecenderungan untuk
membuat kesimpulan dan kecenderungan memastikan implementasi.
Selain
itu, Honey & Mumford menekankan gaya pembelajaran didefinisikan sebagai
penerangan ke atas sikap dan individu yang mengamalkannya. Oleh itu, sikap dan
tingkah laku akan menentukan jenis gaya pembelajaran seseorang murid.
Honey
dan Mumford (1983) membahagikan sikap dan tingkah laku kepada 4 kumpulan iaitu:
1.
Aktivis 3. Teoris
2.
Reflektif 4. pragmatis
Murid
yang mempunyai gaya pembelajaran aktivis merupakan murid yang mempunyai sikap
ingin mencuba sesuatu yang baru dan kehidupan mereka adalah penuh dengan
aktiviti yang mencabar supaya dapat memberi pengalaman yang baru kepada mereka. Selain itu, jenis murid ini
mudah membuat sesuatu tanpa memikir panjang kerana mereka tidak akan mengambil
kira kesan pada sesuatu perkara. Murid jenis ini dapat bekerja dengan berdikari
kerana mereka tidak perlu dorongan daripada orang lain. Pada keseluruhannya,
murid jenis ini merupakan seorang yang peramah dan suka bersosial tetapi
aktiviti yang dilakukan sering tertumpu pada persekitaran diri sendiri.
Di samping itu, murid yang mempunyai gaya pembelajaran reflektif berminat dalam mengulas pengalaman dan suka membuat pemerhatian, memikir dan membuat refleksi kendiri terhadap apa yang ada di persekitaran. Murid yang reflektif akan sentiasa mengimbas kembali terhadap keputusan yang belum diambil ataupun telah diambil. Sikap mereka tidak terburu-buru untuk membuat keputusan dan mereka suka mencari hakikat yang sebenar. Selain itu, mereka akan mengumpulkan maklumat yang banyak berkaitan dengan pembelajaran dan membuat analisis pengalaman tersebut. Biasanya, mereka akan kerja dengan sistematik iaitu langkah demi langkah supaya mengelakkan membuat kesilapan. Persepsi dan pengamatan mereka agak tajam dan sensitif. Dengan itu, mereka sering melibatkan diri dalam mata pelajaran Sains yang membuat kesimpulan berdasarkan pemerhatian sendiri dan pemerhatian orang lain.
Di samping itu, murid yang mempunyai gaya pembelajaran reflektif berminat dalam mengulas pengalaman dan suka membuat pemerhatian, memikir dan membuat refleksi kendiri terhadap apa yang ada di persekitaran. Murid yang reflektif akan sentiasa mengimbas kembali terhadap keputusan yang belum diambil ataupun telah diambil. Sikap mereka tidak terburu-buru untuk membuat keputusan dan mereka suka mencari hakikat yang sebenar. Selain itu, mereka akan mengumpulkan maklumat yang banyak berkaitan dengan pembelajaran dan membuat analisis pengalaman tersebut. Biasanya, mereka akan kerja dengan sistematik iaitu langkah demi langkah supaya mengelakkan membuat kesilapan. Persepsi dan pengamatan mereka agak tajam dan sensitif. Dengan itu, mereka sering melibatkan diri dalam mata pelajaran Sains yang membuat kesimpulan berdasarkan pemerhatian sendiri dan pemerhatian orang lain.
Murid yang mempunyai gaya pembelajaran
teoris sentiasa memiliki fikiran yang rasional dan logikal. Mereka mudah
terangsang dengan teori dan model dan sistem pemikiran yang praktikal atau
menerima unsur logik. Selain itu, mereka merupakan golongan yang kurang kreatif
dan suka membentuk hipotesis daan mengkaji fenomena yang berlaku di
persekitaran mereka. Pada
keseluruhannya, mereka akan sentiasa menggunakan teori untuk membuat kesimpulan
serta lebih mementingkan rumusan yang berdasarkan bukti, analisis , kenyataan
atau idea yang wujud.
Murid
yang
mengamalkan gaya pembelajaran pragmatis memiliki fikiran yang rasional
dan
logikal terhadap pembelajaran mereka. Mereka hanya pentingkan bukti dan
hakikat
yang dapat dilihat oleh mereka sendiri. Perbandingan dengan perkara lain
juga
sering dibuat supaya mereka dapat mencari jawapan yang paling tepat.
Selain
itu, mereka gemar mencuba idea , teori dan teknik untuk menguji sama ada
ia
berguna atau tidak dalam situasi yang sebenar. Kebanyakan golongan ini
terdiri daripada lelaki yang banyak menggunakan otak kanak yang
mementingkan logikal. 2. Model Gaya Pembelajaran Dunn & Dunn
Mengikut Dunn & Dunn (1981), gaya pembelajaran
merujuk kepada keadaan di mana murid-murid belajar dengan cara yang paling
optima. Mengikut Dunn (2000), ramai orang mempunyai kaedah unik untuk mempelajari
sesuatu. Menurut Dunn & Dunn lagi, adalah penting untuk bukan sahaja untuk
mengenal pasti tingkah laku individu tetapi juga untuk mengkaji kecenderungan
seseorang itu terhadap pembelajaran. ( Dunn, Thies dan Honigsfeld, 2001).
Menurut Dunn &Dunn, gaya pembelajaran murid telah dipengaruhi oleh beberapa faktor iaitu:
Menurut Dunn &Dunn, gaya pembelajaran murid telah dipengaruhi oleh beberapa faktor iaitu:
a)
Persekitaran
b)
Emosi
c)
Sosiologi
d)
Fizikal
e)
Psikologi
Faktor persekitaran langsung seperti
bunyi, cahaya, suhu dan reka bentuk semasa pembelajaran amat mempengaruhi
pembelajaran seseorang murid. Ada sesetengah murid lebih suka belajar di tempat
yang sunyi dan tiada bunyi bising, tetapi ada murid yang suka memasang radio
sementara mereka membaca buku. Contoh yang lain seperti, ada murid yang suka
tempat yang cerah dan suhu yang tinggi untuk pembelajaran yang berkesan pada
mereka, namun ada murid yang tidak suka tempat cerah, tetapi mereka inginkan
tempat yang gelap dan sejuk untuk mencapai objektif pembelajaran mereka. Reka
bentuk seseorang individu juga amat berpengaruh gaya pembelajaran individu itu
sendiri. Sebagai contohnya, murid yang
mempunyai personaliti introvert adalah berbeza dengan murid yang extrovert. Murid yang mempunyai cirri
introvert lebih suka pada gaya pembelajaran yang lebih formal dan memerlukan
satu tempat khas yang ada meja dan kerusi untuk mereka. Manakala murid yang
extrovert lebih suka belajar di tempat
yang lebih tidak formal seperti di atas lantai, di taman bunga dan sebagainya.
Dengan ini, suasana persekitaran yang
berbeza akan melahirkan gaya pembelajaran yang berbeza. Oleh itu, setiap
individu mempunyai rutin pembelajaran yang berbeza. Sebagai seorang pendidik,
tidak boleh memaksa murid-murid menerima cara pembelajaran yang tertentu
sahaja.
Faktor yang kedua adalah emosi
sendiri murid tersebut. Sebagai contohnya,motivasi, usaha,
tanggungjawab dan keperluan untuk struktur dan fleksibiliti. Motivasi seseorang
yang merupakan daya penggerak utama yang menjamin kejayaan seseorang. Motivasi
dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu motivasi ekstrinsik dan motivasi instrinsik.
Motivasi ekstrinsik adalah motivasi yang dipaksa atau didesak untuk mendapatkan
ganjaran atau markah yang tinggi manakala motivasi instinsik adalah motivasi
yang lebih kepada dorongan dalaman seperti keperluan, sikap dan emosi yang
semula jadi yang menyebabkan mereka turut serta dalam proses pembelajaran. Di
samping itu, struktur adalah suatu peraturan yang spesifik yang digunakan untuk
melaksanakan tugasan atau kerja. Arahan guru yang jelas dan berstruktur amat
penting kepada pelajar dalam proses pembelajaran tetapi ada murid yang suka
gaya pembelajaran yang bebas. Oleh itu, sebagai seorang guru harus memberi
perhatian kepada murid yang mempunyai pelbagai jenis struktur pembelajaran.
Sementara itu, ada murid yang berasa dirinya mempunyai tanggungjawab yang besar
dalam pembelajaran maka murid tersebut akan berusaha dan sentiasa melaksanakan
tugas dengan baik. Tetapi ada sesetengah murid yang berasa tanggungjawab mereka
bukan di pembelajaran, maka mereka akan mengabaikan pembelajaran mereka begitu sahaja.
Faktor sosiologi dipengaruhi oleh diri
sendiri,pasangan, rakan sebaya, pasukan dan lain-lain. Terdapat murid yang suka
bersendirian dan belajar dengan sendiri tanpa bergaul dengan orang lain. Mereka
percaya bahawa lebih mampu belajar tanpa gangguan orang lain. Selain itu, ada
juga murid yang suka belajar dengan berpasangan. Hal ini kerana mereka rasa lebih suka belajar
dengan kehadiran kawan baiknya yang dapar berinteraksi dua hala. Sementara itu, belajar dalam kumpulan juga
merupakan gaya pembelajaran yang amat popular dan digalakkan kerana murid-murid
akan lebih bermanfaat dalam memberi idea. Bagi faktor orang dewasa pula, banyak
dipraktik di sekolah atau di rumah. Murid-murid lebih cenderung menanya soalan
yang mereka tidak faham kepada orang dewasa. Oleh itu, gaya pembelajaran ini
juga amat berkesan bagi murid-murid
dalam proses pembelajaran.
Faktor fizikal seperti persepsi
pancaindera, makanan dan minuman,waktu atau tempoh belajar dan pergerakan.
Seseorang itu akan menggunakan kesemua pancaindera dalam proses mengingati
maklumat. Sebagai contohnya, melalui auditif, dapat membantu murid mengeluarkan
bunyi untuk mendengar dan mengingati semasa proses pembelajaran. Visual pula
membolehkan murid belajar melalui pengamatan kepada asosiasi visual yang kuat
dan cenderung untuk melihat gambar yang menarik. Taktual adalah melalui
sentuhan semasa pembelajaran, dengan menggunakan cara ini murid akan mudah
mengingati apa yang dibelajari. Seterusnya adalah kinestetik yang belajar
melalui hasil kerja dan pengerakan. Selain itu, terdapat murid yang makan dan
minum sementara mereka belajar atau membuat kerja. Ini dapar mengurangkan
tekanan mereka dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Faktor yang seterusnya
adalah tempoh belajar seseorang murid. Terdapat murid yang hanya dapat belajar
dan memberi fokus pada waktu pagi sahaja dan ada yang dapat memberi perhatian
pada waktu perdananya sendiri. Oleh itu, waktu pembelajaran yang agak berbeza bagi setiap murid. Ada murid
yang gemar melakukan pergerakan setelah seketika untuk belajar. Oleh itu, waktu
rehat menjadi keperluan kepada murid-murid untuk merehat dan melakukan
pergerakan supaya fokus dapat diberi kepada pembelajaran yang seterusnya.
Faktor yang terakhir adalah faktor
psikologi yang menekankan reflektif dan impulsif , global dan analitikal. Murid
yang mengamalkan gaya pembelajaran impulsif suka belajar dengan cepar dan tidak
suka membuat sebarangan persediaan awal manakala murid yang bersifat reflektif
adalah lebih berhati-hati semasa membuat sesuatu dan akan memikir dengan lebih
mendalam sebelum melibatkan diri dalam proses pembelajaran. Di samping itu,
murid jenis analitikal suka belajar dalam persekitaran yang cerah dan lebih
formal manakala murid jenis global lebih suka belajar dalam persekitaran yang suram
dan duduk secara tidak formal seperti di atas sofa dan lantai.
Implikasi Gaya Pembelajaran terhadap Pengajaran & Pembelajaran
Pengetahuan
terhadap gaya pembelajaran amatlah penting dan guru hendaklah memahami gaya
pembelajaran setiap murid dalam kelas. Hal ini kerana,dapat membantu guru
memahami perkembangan dan penguasaan murid-murid terhadap pengajaran dan
pembelajaran yang di sampaikan. Selain itu, juga dapat membantu guru menjadi
lebih sensitive terhadap perbezaan setiap murid di sekolah.
Selain
itu, gaya pembelajaran penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana
dapat membantu guru mencipta pengalaman dan menjadi satu panduan untuk mencipta
pengajaran yang sesuai bagi murid-murid. Selepas guru memahami gaya
pembelajaran murid dalam kelas, aktiviti yang dirancang juga sepadan dengan
gaya pembelajaran murid. Dengan ini juga dapat meningkatkan keberkesanan
pengajaran dan pembelajaran.
Setiap
murid mempunyai gaya pembelajaran yang tersendiri atau seseorang murid mungkin
mempunyai lebih daripada satu gaya pembelajaran. Oleh itu, selepas mengenal
pasti gaya pembelajaran masing-masing, guru perlulah membahagikan murid-murid
dalam kumpulan yang homogen bagi membolehkan pengajaran dan pembelajaran
berfungsi secara efektif.
Selain
itu, murid yang mempunyai gaya pembelajaran yang berlainan akan mendapat
pencapaian akademik yang lebih tinggi jika berbanding dengan murid yang hanya
mempunyai satu atau dua gaya pembelajaran. Hal ini kerana, murid yang lebih
gaya pembelajaran lebih fleksibel serta boleh ubah dan tidak terikat dengan
gaya pembelajaran yang tertentu sahaja.
Gaya
pembelajaran lelaki dan perempuan adalah tidak sama atau berbeza, kerana murid
lelaki lebih suka pada gaya pembelajaran yang lebih mencabar seperti gaya
pembelajaran gaya global yang sukakan tempat yang suram dan kedudukan yang
tidak formal manakala murid perempuan sukakan pembelajaran gaya analitikal yang
sukakan persekitaran yang terang dan kedudukan yang formal. Jadi, guru
hendaklah mengambil berat terhadap keperluan-keperluan setiap murid dalam
kelas.
Terima Kasih atas maklumat ini.Saya amat menghargainya!
ReplyDeleteTerima Kasih atas maklumat yang diberikan.
ReplyDeleteOkay
ReplyDelete