Thursday 6 September 2012

GAYA PEMBELAJARAN

by Eva Cheong, S.C. Chong, H.N. Ling

Konsep Gaya Pembelajaran

           Gaya pembelajaran merupakan pendekatan atau cara bagaimana seseorang itu belajar dalam meperolehi pengetahuan.  (Dr Ragbir Kaur Joginder Singh, 2012). Pembelajaran pula merupakan kebolehan seseorang mengambil maklumat , mengekod dan failkan maklumat tersebut supaya ia menjadi mudah untuk digunakan apabila digunakan. Selain itu, gaya pembelajaran juga merupakan cara seseorang individu bertindak balas terhadap dunia sekitarnya dan menggunakan gaya pembelajarannya berinteraksi dengan persekitarannya.
            Menurut Dunn & Dunn (1981), sesetengah individu dapat belajar dengan amat berkesan dalam keadaan yang sejuk, senyap dan teratur. Ada pula yang hanya boleh belajar dengan adanya muzik. Menurut Peterson (1979) & Steward (1981), gaya pembelajaran boleh merujuk kepada pendekatan pengajaran digemari oleh seseorang pelajar. Ada pelajar yang gemar cara belajar sendiri. Menurut Honey & Munford pula, pengalaman individu akan menentukan sama ada seseorang itu gemar pengalaman yang baru, menjalankan refleksi, mencuba idea-idea baru atau bersifat objektif. Dengan itu, jelaslah gaya pembelajaran berkaitan dengan pengalaman seseorang. Steward & Felicetti (1992) mendefinisikan gaya pembelajaran sebagai “keadaan pendidikan di mana murid-murid boleh belajar”. Oleh itu, gaya pembelajaran tidak menekankan kepada apa yang dibelajari malahan menekankan bagaimana seseorang itu belajar.
            Tiada ada satu gaya pembelajaran yang dikatakan paling baik atau buruk. Oleh itu, gaya pembelajaran yang dipilih adalah bergantung dengan individu tersebut. Seseorang murid  A yang telah mencapai keputusan yang cemerlang dalam pengajaran dan pembelajaran, membawa makna murid ini telah menggunakan gaya pembelajaran yang berkesan bagi dirinya. Sama juga dengan murid B yang tidak dapat mencapai matlamatnya dalam pengajaran dan pembelajaran. Hal ini mungkin disebabkan oleh murid ini masih tercari-cari jenis gaya pembelajaran yang paling sesuai untuk dirinya.
            Gaya pembelajaran harus diberikan perhatian kepada murid-murid yang merupakan individu yang berbeza oleh seorang pendidik supaya murid dapat belajar dengan lebih berkesan.

Jenis-jenis Gaya Pembelajaran

            Setiap individu mempunyai strategi belajar yang berbeza dan kadar pembelajaran adalah tidak sama dengan individu yang lain, walaupun umur mereka adalah sama. Mengikut Dictionary of Psychology (1973) dalam Santhi Suppiah (2000), perbezaan individu dihuraikan sebagai variasi atau ketidaksamaan individu daripada norma kumpulan, sama ada sifat-sifat kognitif, emosi, fizikal, moral, tingkah laku sosial, bakat dan lain-lain aspek yang mungkin terdapat di kalangan individu dalam suatu kumpulan.
            Peranan guru dalam memilih kaedah dan aktiviti pengajaran yang sesuai merupakan perkara yang penting untuk menjamin  keberkesanan pembelajaran. Terdapat tiga gaya pembelajaran yang lebih umum iaitu gaya pembelajaran visual, gaya pembelajaran auditori dan gaya pembelajaran kinestetik.
Murid-murid yang memiliki gaya pembelajaran visual adalah orang yang jenis gemar belajar dengan huruf, gambar atau gambar rajah, teks, benda-benda maujud dan sebagainya. Selain itu, murid-murid lebih cenderung membelajari Sesutu dengan melihat teks yang sedia ada dan lebih suka membelajari melalui penglihatan. Murid-murid yang mempunyai gaya pembelajaran ini memerlukan tulis nota apabila mengingati sesuatu dan  tidak perlu penerangan lisan.Sebagai contohnya, semasa dalam kelas, Ali menyalinkan semua nota yang dibagi oleh guru dan cuba membuat rujukan yang berbentuk teks dan gambar untuk menambahkan pengetahuannya terhadap pembelajaran.
    Gaya pembelajaran auditori merupakan jenis pembelajaran yang menekankan pendengaran perkataan dan arahan lisan. Seseorang murid perlu mengingati penerangan melalui bacaaan kuat atau menggerakkan bibir ketika mempelajari sesuatu. Selain itu,murid-murid yang menggunakan jenis pembelajaran ini akan mengukuhkan ingatan dalam mendengar semula rakaman pita audio dan juga mengajar murid –murid lain serta berbincang dengan guru. Sebagai contohnya, Muthu tidak menyalin nota semasa guru memberi penerangan tantang konsep fotosintesis. Tetapi dia hanya mendengar dan mengingati apa yang diterangkan sahaja. Selepas itu, guru memberikan latihan kepada mereka. Muthu dapat menjawab dengan baik dengan menggunakan teknik ingat kembali. Oleh itu, Muthu menggunakan gaya pembelajaran auditori.
      Gaya pembelajaran kinestetik adalah pembelajaran yang murid dapat belajar melalui gerakan-gerakan untuk mengingati informasi ke dalam otaknya. Murid yang mengamalkan jenis pembelajaran ini, memerlukan bahan-bahan pembelajaran yang konkrit untuk membantu mereka mengingati sesuatu. Selain itu, murid jenis pembelajaran ini gemar menyentuh dengan bidang objek yang digemari kerana mereka suka terhadap bidang yang dapat memberi pengalaman yang realiti kepada mereka. Sebagai contohnya, semasa waktu Sains & Teknologi, guru membawa murid-murid keluar dari kelas dan pergi ke taman bunga. Murid-murid diberi peluang menyentuh dan merasai bentuk-bentuk bunga. Selepas itu, terdapat beberapa orang murid dapat melukis bentuk bunga yang disentuh tadi, maka murid-murid tersebut merupakan jenis pembelajaran kinestetik.
Di samping itu, gaya pembelajaran yang lain adalah gaya pembelajaran global yang sentiasa berinisiatif mencari pelbagai cara dan jalan penyelesaian untuk sesuatu perkara. Murid ini akan mendapatkan maklumat daripada sumber-sumber yang berlainan. Sebagai contohnya, Meng Choo sentiasa melayari internet, mencari maklumat di pusat sumber, menanya pandangan orang lain apabila membelajari sesuatu topik yang baru baginya. Gaya pembelajaran global ini membolehkan murid-murid mendapat pelbagai ilmu pengetahuan daripada pembelajaran.
Gaya pembelajaran pemerhatian reflektif adalah jenis pembelajaran yang menggunakan pengalaman melalui membuat refleksi. Setiap pembelajaran yang dilakukan akan diimbas kembali dan membuat kesimpulan pada akhirnya. Murid yang berjenis ini juga akan memikir secara mendalam dan penelitian yang teliti sebelum membuat sebarang keputusan yang muktamad. Sebagai contohnya, murid B sering menanya soalan pada dirinya dan memikirkan sebab dan akibat jikalau sesuatu keputusan telah diambil. Selepas keputusan diambil, murid ini akan membuat refleksi terhadap keputusan tadi.
Gaya pembelajaran abstrak adalah transformasi maklumat menerusi pemerhatian reflektif  atau pengkajian aktif. Murid yang mengamalkan jenis gaya pembelajaran ini sentiasa menekankan teori dan analisa sistematik. Biasanya murid lebih kepada pemikiran logik serta suka benda dan simbol-simbol untuk mewakili sesuatu. Di samping itu, murid jenis ini suka pada mata pelajaran matematik dan sains yang dapat mengaplikasikan simbol-simbol dan formula tertentu. Sebagai contohnya, Mira suka menganalisis situasi dengan secara abstrak serta membuat pemerhatian dan berfikir akan kesimpulannya.
     Murid yang berjenis gaya pembelajaran aktif akan menggunakan pengalaman lepas dan menggabungkannya dengan maklumat-maklumat baru dalam proses penyelesaian masalah. Selain itu, murid yang mengamalkan jenis pembelajaran ini adalah sangat aktif dalam kuriukulum dan sukakan ujikaji yang baru baginya. Sebagai contohnya, Meena menjalankan eksperimen terhadap makanan binatang ternakan. Meena telah mempunyai pengalaman dalam membela kucing di rumahnya, oleh itu, dia telah mengabungkan konsep makanan kucingnya dengan konsep yang baru yang telah disarankan oleh guru darjahnya. Dengan ini, Meena lebih cenderung untuk mengaplikasikan konsep baru dan lama secara praktikal sehingga berjaya.
Gaya pembelajaran jenis konkrit adalah gaya yang memerlukan pengalaman atau bahan yang konkrit untuk menyokong proses pembelajaran.Murid berjenis ini juga akan menyerap segala maklumat melalui pengalaman lasngsung dengan membuat pemerhatian dan pemikiran terhadap suatu perkara. Selain itu, murid jenis ini gemarkan contoh yang spesifik baginya serta setiap masalah hendaklah menjadikannya sebagai perkara yang terasing. Sebagai contohnya, apabila guru menceritakan kisah harimau kepada murid-murid. Abu tidak mendapat cerita yang disampaikan oleh guru, akan tetapi, apabila guru menunjukkan gambar dan video harimau, Abu terus faham apa yang ingin disampaikan oleh guru. Contoh yang lain adalah, Abu tidak dapat membelajari  2 perkara dalam suatu masa, seperti binatang harimau dan kucing. Dia hendak memahami binatang harimau dahulu sebelum memahami binatang kucing. Contoh-contoh yang spesifik juga diberi seperti harimau badan besar dan kucing badan kecil.
Seterusnya adalah gaya pembelajaran divergen.Murid yang mempunyai gaya pembelajaran divergen berupaya mengasimilasikan pelbagai maklumat untuk dijadikan satu entiti yang bersepadu. Murid ini akan menjanakan seberapa banyak idea yang banyak mengenai satu topik dalam masa yang ditetapkan. Idea-idea akan dibahagikan kepada unit-unit yang lebih kecil serta disusun mengikut turutan. Selain itu, murid jenis ini akan berfikiran terbuka dan mempunyai imaginasi yang tinggi terhadap sesuatu topik. Sebagai contohnya,guru telah menanya soalan yang dapat membantu murid mencetus idea-idea yang bernas seperti , “ Apa yang memberi tekanan kepada anda?”, “ Apakah yang penting bagi kamu?” dan sebagainya.
Gaya pembelajaran konvergen adalah gaya yang cekap menyelesaikan masalah terutamanya yang berkaitan dengan tugasan teknikal. Murid jenis ini lebih fokus dan cekap membuat penaakulan deduktif. Selain itu, gaya konvergen terdiri daripada satu proses yang menggabungkan idea-idea yang berlainan berdasarkan tema atau topik yang tertentu dalam satu struktur yang tersusun dan boleh difahami. Murid yang mengamalkan gaya pembelajaran ini lebih sesuai dengan mata pelajaran sains, matematik dan teknologi. Sebagai contohnya, Siti telah mencari jalan penyelesaian yang pelbagai dari pusat sumber untuk menyelesaikan masalah tekanan di kalangan murid-murid. Dengan ini, Siti mempraktikan gaya pembelajaran konvergen dengan mengintepretasikan maklumat dari pelbagai sumber.

Model-model Yang Berkaitan Dengan Gaya Pembelajaran  

1.  Model Gaya Pembelajaran Honey & Mumford

    Menurut Honey dan Mumford (1992), pembelajaran telah berlaku apabila manusia boleh mempamerkan sesuatu yang baru, sama ada dalam bentuk pemahaman, kesedaran, kemahiran. Kecenderungan ini termasuklah kecenderungan untuk memiliki pengalaman semasa mempelajari sesuatu, kecenderungan untuk mengimbas kembali, kecenderungan untuk membuat kesimpulan dan kecenderungan memastikan implementasi.
   Selain itu, Honey & Mumford menekankan gaya pembelajaran didefinisikan sebagai penerangan ke atas sikap dan individu yang mengamalkannya. Oleh itu, sikap dan tingkah laku akan menentukan jenis gaya pembelajaran seseorang murid.
     Honey dan Mumford (1983) membahagikan sikap dan tingkah laku kepada 4 kumpulan iaitu:
            1. Aktivis                   3. Teoris
            2. Reflektif                4. pragmatis
    Murid yang mempunyai gaya pembelajaran aktivis merupakan murid yang mempunyai sikap ingin mencuba sesuatu yang baru dan kehidupan mereka adalah penuh dengan aktiviti yang mencabar supaya dapat memberi pengalaman yang baru  kepada mereka. Selain itu, jenis murid ini mudah membuat sesuatu tanpa memikir panjang kerana mereka tidak akan mengambil kira kesan pada sesuatu perkara. Murid jenis ini dapat bekerja dengan berdikari kerana mereka tidak perlu dorongan daripada orang lain. Pada keseluruhannya, murid jenis ini merupakan seorang yang peramah dan suka bersosial tetapi aktiviti yang dilakukan sering tertumpu pada persekitaran diri sendiri.
    Di samping itu, murid yang mempunyai gaya pembelajaran reflektif berminat dalam mengulas pengalaman dan suka membuat pemerhatian, memikir dan membuat refleksi kendiri terhadap apa yang ada di persekitaran. Murid yang reflektif akan sentiasa mengimbas kembali terhadap keputusan yang belum diambil ataupun telah diambil. Sikap mereka tidak terburu-buru untuk membuat keputusan dan mereka suka mencari hakikat yang sebenar. Selain itu, mereka akan mengumpulkan maklumat yang banyak berkaitan dengan pembelajaran dan membuat analisis pengalaman tersebut. Biasanya, mereka akan kerja dengan sistematik iaitu langkah demi langkah supaya mengelakkan membuat kesilapan. Persepsi dan pengamatan mereka agak tajam dan sensitif. Dengan itu, mereka sering melibatkan diri dalam mata pelajaran Sains yang membuat kesimpulan berdasarkan pemerhatian sendiri dan pemerhatian orang lain.
    Murid yang mempunyai gaya pembelajaran teoris sentiasa memiliki fikiran yang rasional dan logikal. Mereka mudah terangsang dengan teori dan model dan sistem pemikiran yang praktikal atau menerima unsur logik. Selain itu, mereka merupakan golongan yang kurang kreatif dan suka membentuk hipotesis daan mengkaji fenomena yang berlaku di persekitaran mereka.  Pada keseluruhannya, mereka akan sentiasa menggunakan teori untuk membuat kesimpulan serta lebih mementingkan rumusan yang berdasarkan bukti, analisis , kenyataan atau idea yang wujud.
        Murid yang mengamalkan gaya pembelajaran pragmatis memiliki fikiran yang rasional dan logikal terhadap pembelajaran mereka. Mereka hanya pentingkan bukti dan hakikat yang dapat dilihat oleh mereka sendiri. Perbandingan dengan perkara lain juga sering dibuat supaya mereka dapat mencari jawapan yang paling tepat. Selain itu, mereka gemar mencuba idea , teori dan teknik untuk menguji sama ada ia berguna atau tidak dalam situasi yang sebenar. Kebanyakan golongan ini terdiri daripada lelaki yang banyak menggunakan otak kanak yang mementingkan logikal.

2.  Model Gaya Pembelajaran Dunn & Dunn

    Mengikut Dunn & Dunn (1981), gaya pembelajaran merujuk kepada keadaan di mana murid-murid belajar dengan cara yang paling optima. Mengikut Dunn (2000), ramai orang mempunyai kaedah unik untuk mempelajari sesuatu. Menurut Dunn & Dunn lagi, adalah penting untuk bukan sahaja untuk mengenal pasti tingkah laku individu tetapi juga untuk mengkaji kecenderungan seseorang itu terhadap pembelajaran. ( Dunn, Thies dan Honigsfeld, 2001).
     Menurut Dunn &Dunn, gaya pembelajaran murid telah dipengaruhi oleh beberapa faktor iaitu:
a)    Persekitaran
b)    Emosi
c)    Sosiologi
d)    Fizikal
e)    Psikologi
Faktor persekitaran langsung seperti bunyi, cahaya, suhu dan reka bentuk semasa pembelajaran amat mempengaruhi pembelajaran seseorang murid. Ada sesetengah murid lebih suka belajar di tempat yang sunyi dan tiada bunyi bising, tetapi ada murid yang suka memasang radio sementara mereka membaca buku. Contoh yang lain seperti, ada murid yang suka tempat yang cerah dan suhu yang tinggi untuk pembelajaran yang berkesan pada mereka, namun ada murid yang tidak suka tempat cerah, tetapi mereka inginkan tempat yang gelap dan sejuk untuk mencapai objektif pembelajaran mereka. Reka bentuk seseorang individu juga amat berpengaruh gaya pembelajaran individu itu sendiri.  Sebagai contohnya, murid yang mempunyai personaliti introvert adalah berbeza dengan murid yang  extrovert. Murid yang mempunyai cirri introvert lebih suka pada gaya pembelajaran yang lebih formal dan memerlukan satu tempat khas yang ada meja dan kerusi untuk mereka. Manakala murid yang extrovert  lebih suka belajar di tempat yang lebih tidak formal seperti di atas lantai, di taman bunga dan sebagainya.
Dengan ini, suasana persekitaran yang berbeza akan melahirkan gaya pembelajaran yang berbeza. Oleh itu, setiap individu mempunyai rutin pembelajaran yang berbeza. Sebagai seorang pendidik, tidak boleh memaksa murid-murid menerima cara pembelajaran yang tertentu sahaja.
Faktor yang kedua adalah emosi sendiri  murid tersebut.  Sebagai contohnya,motivasi, usaha, tanggungjawab dan keperluan untuk struktur dan fleksibiliti. Motivasi seseorang yang merupakan daya penggerak utama yang menjamin kejayaan seseorang. Motivasi dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu motivasi ekstrinsik dan motivasi instrinsik. Motivasi ekstrinsik adalah motivasi yang dipaksa atau didesak untuk mendapatkan ganjaran atau markah yang tinggi manakala motivasi instinsik adalah motivasi yang lebih kepada dorongan dalaman seperti keperluan, sikap dan emosi yang semula jadi yang menyebabkan mereka turut serta dalam proses pembelajaran. Di samping itu, struktur adalah suatu peraturan yang spesifik yang digunakan untuk melaksanakan tugasan atau kerja. Arahan guru yang jelas dan berstruktur amat penting kepada pelajar dalam proses pembelajaran tetapi ada murid yang suka gaya pembelajaran yang bebas. Oleh itu, sebagai seorang guru harus memberi perhatian kepada murid yang mempunyai pelbagai jenis struktur pembelajaran. Sementara itu, ada murid yang berasa dirinya mempunyai tanggungjawab yang besar dalam pembelajaran maka murid tersebut akan berusaha dan sentiasa melaksanakan tugas dengan baik. Tetapi ada sesetengah murid yang berasa tanggungjawab mereka bukan di pembelajaran, maka mereka akan mengabaikan pembelajaran mereka begitu sahaja.
Faktor sosiologi dipengaruhi oleh diri sendiri,pasangan, rakan sebaya, pasukan dan lain-lain. Terdapat murid yang suka bersendirian dan belajar dengan sendiri tanpa bergaul dengan orang lain. Mereka percaya bahawa lebih mampu belajar tanpa gangguan orang lain. Selain itu, ada juga murid yang suka belajar dengan berpasangan. Hal  ini kerana mereka rasa lebih suka belajar dengan kehadiran kawan baiknya yang dapar berinteraksi dua hala.  Sementara itu, belajar dalam kumpulan juga merupakan gaya pembelajaran yang amat popular dan digalakkan kerana murid-murid akan lebih bermanfaat dalam memberi idea.  Bagi faktor orang dewasa pula, banyak dipraktik di sekolah atau di rumah. Murid-murid lebih cenderung menanya soalan yang mereka tidak faham kepada orang dewasa. Oleh itu, gaya pembelajaran ini juga amat  berkesan bagi murid-murid dalam proses pembelajaran.
Faktor fizikal seperti persepsi pancaindera, makanan dan minuman,waktu atau tempoh belajar dan pergerakan. Seseorang itu akan menggunakan kesemua pancaindera dalam proses mengingati maklumat. Sebagai contohnya, melalui auditif, dapat membantu murid mengeluarkan bunyi untuk mendengar dan mengingati semasa proses pembelajaran. Visual pula membolehkan murid belajar melalui pengamatan kepada asosiasi visual yang kuat dan cenderung untuk melihat gambar yang menarik. Taktual adalah melalui sentuhan semasa pembelajaran, dengan menggunakan cara ini murid akan mudah mengingati apa yang dibelajari. Seterusnya adalah kinestetik yang belajar melalui hasil kerja dan pengerakan. Selain itu, terdapat murid yang makan dan minum sementara mereka belajar atau membuat kerja. Ini dapar mengurangkan tekanan mereka dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Faktor yang seterusnya adalah tempoh belajar seseorang murid. Terdapat murid yang hanya dapat belajar dan memberi fokus pada waktu pagi sahaja dan ada yang dapat memberi perhatian pada waktu perdananya sendiri. Oleh itu, waktu pembelajaran yang  agak berbeza bagi setiap murid. Ada murid yang gemar melakukan pergerakan setelah seketika untuk belajar. Oleh itu, waktu rehat menjadi keperluan kepada murid-murid untuk merehat dan melakukan pergerakan supaya fokus dapat diberi kepada pembelajaran yang seterusnya.
Faktor yang terakhir adalah faktor psikologi yang menekankan reflektif dan impulsif , global dan analitikal. Murid yang mengamalkan gaya pembelajaran impulsif suka belajar dengan cepar dan tidak suka membuat sebarangan persediaan awal manakala murid yang bersifat reflektif adalah lebih berhati-hati semasa membuat sesuatu dan akan memikir dengan lebih mendalam sebelum melibatkan diri dalam proses pembelajaran. Di samping itu, murid jenis analitikal suka belajar dalam persekitaran yang cerah dan lebih formal manakala murid jenis global lebih suka belajar dalam persekitaran yang suram dan duduk secara tidak formal seperti di atas sofa dan lantai.

Implikasi Gaya Pembelajaran terhadap Pengajaran & Pembelajaran

           Pengetahuan terhadap gaya pembelajaran amatlah penting dan guru hendaklah memahami gaya pembelajaran setiap murid dalam kelas. Hal ini kerana,dapat membantu guru memahami perkembangan dan penguasaan murid-murid terhadap pengajaran dan pembelajaran yang di sampaikan. Selain itu, juga dapat membantu guru menjadi lebih sensitive terhadap perbezaan setiap murid di sekolah.
            Selain itu, gaya pembelajaran penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana dapat membantu guru mencipta pengalaman dan menjadi satu panduan untuk mencipta pengajaran yang sesuai bagi murid-murid. Selepas guru memahami gaya pembelajaran murid dalam kelas, aktiviti yang dirancang juga sepadan dengan gaya pembelajaran murid. Dengan ini juga dapat meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.
            Setiap murid mempunyai gaya pembelajaran yang tersendiri atau seseorang murid mungkin mempunyai lebih daripada satu gaya pembelajaran. Oleh itu, selepas mengenal pasti gaya pembelajaran masing-masing, guru perlulah membahagikan murid-murid dalam kumpulan yang homogen bagi membolehkan pengajaran dan pembelajaran berfungsi secara efektif.
            Selain itu, murid yang mempunyai gaya pembelajaran yang berlainan akan mendapat pencapaian akademik yang lebih tinggi jika berbanding dengan murid yang hanya mempunyai satu atau dua gaya pembelajaran. Hal ini kerana, murid yang lebih gaya pembelajaran lebih fleksibel serta boleh ubah dan tidak terikat dengan gaya pembelajaran yang tertentu sahaja.
            Gaya pembelajaran lelaki dan perempuan adalah tidak sama atau berbeza, kerana murid lelaki lebih suka pada gaya pembelajaran yang lebih mencabar seperti gaya pembelajaran gaya global yang sukakan tempat yang suram dan kedudukan yang tidak formal manakala murid perempuan sukakan pembelajaran gaya analitikal yang sukakan persekitaran yang terang dan kedudukan yang formal. Jadi, guru hendaklah mengambil berat terhadap keperluan-keperluan setiap murid dalam kelas.

3 comments: