Thursday 6 September 2012

UJIAN PSIKOLOGI

Ujian Psikologi 1

Suatu hari anda di rumah, berlaku 5 perkara serentak yang perlu anda ambil perhatian iaitu:

1.    Telefon berbunyi
2.    Bayi anda tiba-tiba menangis
3.    Seseorang mengetuk pintu rumah/loceng rumah anda berbunyi
4.    Tiba-tiba hujan hendak turun dengan lebat dan ada baju kering di ampaian
5.    Air yang anda tadah di dapur melimpah

Susunkan apa yang anda akan buat dahulu mengikut turutan.

Selepas anda buat keputusan, anda boleh lihat jawapan di bawah.
Setiap keputusan menunjukkan kepentingan kita dalam kehidupan.

1.    Telefon simbolik kepada kerja/kerjaya anda
2.    Bayi simbolik kepada keluarga anda
3.    Orang yang datang ke rumah simbolik kepada kawan-kawan
4.    Baju-baju simbolik kepada kehidupan seksual
5.    Air melimpah simbolik kepada duit/harta benda/kekayaan

Adakah ujian ini sama dengan kepentingan anda dalam kehidupan?? Fikir-fikirlah sendiri…


                                          Ujian Psikologi 2                                                 


Anda diminta untuk menanam sebatang pokok kelapa. Ada 4 tempat berasingan yang perlu anda pilih untuk menanamnya. Tempat-tempatnya ialah :

1.    Di tepi sungai
2.    Di halaman rumah
3.    Di tepi/ tengah padang
4.    Di  belakang rumah/ tepi dapur

Manakah lokasi yang akan anda pilih untuk menanamkan pokok kelapa ini? Fikir dengan tenang dan jawablah dengan jujur.

 Selepas pilih, anda boleh melihat penjelasan jawapan tentang perangai kamu di bawah.

1. Di tepi sungai
Orang yang pilih tanam pokok kelapa di tepi sungai ialah jenis orang yang BOROS. Dia amat sukar untuk berjimat. Ada saja duit, dia akan berbelanja, berbelanja dan terus berbelanja. Orang jenis ini juga boleh dikategorikan sebagai orang yang PEMURAH. Dan kadang-kadang dia seorang yang PEMBAZIR.

2. Di halaman rumah
Orang yang memilih jawapan ini adalah seorang yang SANGAT SUKA DIPUJI. Orang jenis ini pantang dipuji, apabila kena puji sikit, dia akan jadi sangat baik dan sangat pemurah. Apabila ada orang bodek, maka dia akan begitu mudah terkesan dengan bodekan itu. Selalunya, setiap pujian yang dia terima, maka dia tanpa ragu-ragu akan membalasnya dengan kebaikan.

3. Di tepi/ tengah padang
Orang jenis ini berkemungkinan besar adalah seorang yang SANGAT BERKIRA. Senang kata, orang jenis ini mungkin seorang yang KEDEKUT. Dia sangat sukar untuk belanja kawan-kawannya atau orang lain. Apabila melibatkan hal yang berkaitan dengan duit, dia menjadi seorang yang sangat teliti dan sangat berkira-kira.

4. Di belakang rumah/ tepi dapur
Orang jenis ini adalah seorang PENJIMAT dan BIJAK MENGURUSKAN KEWANGAN. Dia selalunya mempunyai perancangan dan berpandangan jauh. Sentiasa mengambil kira soal masa depan dan untung rugi. Orang jenis ini adalah yang paling SEDERHANA. Dia tidak kedekut, tidak boros dan tidak pula mudah termakan pujian/bodekan orang. Dia sentiasa RASIONAL dalam tindakannya.






No comments:

Post a Comment